Puan Irma Pince adalah watak rekaan yang menjadi Pustakawan
Sekolah Sihir Hogwarts dalam siri
Harry Potter. Dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Sally Mortemore dalam
Harry Potter and the Chamber of Secrets. Dalam buku, dia digambarkan seperti "burung hering yang kurang makan" yang sangat tegas dan menjaga buku-buku yang dikelolanya dan berusaha "melindungi" buku-bukunya daripada para pelajar dengan memberikan mantera-mantera aneh kepada buku-buku itu.Ketika
Harry,
Ron, dan
Hermione cuba mencari maklumat tentang
Nicolas Flamel dalam
Harry Potter dengan Batu Hikmat, Puan Pince amat agresif. Dia kemudiannya terpaksa juga mengizinkan mereka memasuki Kawasan Terlarang di perpustakaan dalam
Harry Potter dan Bilik Rahsia, kerana mereka mempunyai surat kebenaran yang ditandatangani
Gilderoy Lockhart. Dalam
Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Pince mengusir Harry dan
Ginny dari perpustakaan kerana membawa masuk
coklat.Dalam buku
Quidditch dari Masa ke Masa, Puan Pince disebutkan dalam kata aluan oleh
Albus Dumbledore. Dia dinyatakan sangat enggan membiarkan salah satu buku yang dalam jagaannya diterbitkan kepada
Muggle, sehingga Dumbledore harus "berusaha keras melepaskan cengkeraman jarinya dari punggung buku itu". Puan Pince sendiri memberikan peringatan dalam buku itu, mengancam bahawa sesiapa yang membiarkan sebarang kerosakan berlaku terhadap buku itu, dia akan menerima "akibat yang mengerikan seboleh yang dapat saya lakukan".Puan Pince tampil beberapa kali di filem kedua, tetapi tidak mempunyai dialog, walaupun berkemungkinan bahagian dia bersuara itu ada tetapi dipotong kemudiannya.Dalam buku keenam, ketika Harry dan Hermione berada di perpustakaan, Puan Pince mengusir mereka keluar, setelah melihat buku teks Harry yang diconteng. Harry berfikir bahawa mungkin Pince terganggu akibat mendengar percakapannya dengan Hermione yang berkemungkinan Pince memiliki hubungan dengan penjaga
Hogwarts,
Argus Filch. Sangat menghairankan bahawa mungkin Harry benar dalam hal ini—Filch dan Pince terlihat berdua-duaan ketika menghadiri pengkebumian Dumbledore pada akhir buku."Pince" adalah
perkataan Perancis untuk "mencubit" ("pinch" dalam
bahasa Inggeris).